Sunday, 14 January 2018


·    





Kaum Cina
·    Agama atau ajaran yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme yang merupakan sistem falsafah dan keagamaan cina
  Taoisme berasal dari perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’(the way)
·       Taoisme mengajar pengikutnya mencapai ketenangan jiwa,kedamaian fikiran dan keharmonian emosi
·       Dua orang falsafah Taoisme ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu
·       Ajaran Tao diasaskan oleh Chiang Ling yang dikenali sebagai T’ien Shih (The Heavenly Teacher)
·       Ajaran ini terbahagi kepada dua iaitu Cult of Immorality yang mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi
Related image·       Way of the Heavenly Teacher-gerakan ini dikembangan oleh K’ou Ch’ien-chih
·       Gerakan ini percaya kepada kepercayaan triniti terhadap Three Pure Ones serta kepercayaan syurga dan neraka
·       Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Selatan(True Unity) dan Kumpulan Utara(Complete Unity)
·      Satu anutan yang popular ialah fahaman Confucianisme.Pengasanya ialah Kung Fu Tze(Confucius) yang lahir pada 551SM
·    Seorang tokoh yang mendapat pendidikan dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri dan banyak mengajar falsafah moral dan sosial
Image result for konsep li
Related image
Yin dan Yang





a.     Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
b.    Ketaatan anak
c.     Konsep Yin dan Yang
Image result for Konsep Yin dan Yang
d.    Jen
e.     Chun Zi
f.       Konsep Li
g.     Nilai Te



Image result for kuil tokong
Kuil (Tokong)


Kaum india
·  Agama yang dianuti oleh masyarakat india ialah agama Hindu
·  Setiap penganut Hindu perlu menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya
·  Antara cirri-ciri yang ada didalam agama Hindu ialah:
a)    Kepercayaan kepada dewa-dewa
Image result for Kepercayaan kepada dewa-dewa
b)    Konsep karma dan kelahiran semula
Image result for Konsep karma dan kelahiran semula
c)     Kitab –kitab veda
Image result for kitab kitab veda
Related image
Kuil Hindu


Sunday, 31 December 2017

Image result for istana kehakiman putrajaya

BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI) 

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia
diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam perkara 121-131.Sistem mahkamah telah diwujudkan.



KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN
i.dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak
memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang
kerajaan iaitu perundangan dan pentandbiran
ii.Seorang hakim tidak boleh melucutkan jawatan
sebelum mencapai umur bersara
iii.Saraan seorang hakim hendaklah dibayar kepada
kumpulan wang yang disatukan
iv.Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain
tidak boleh diubah
v.Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam
mana-mana majlis parlimen 



PERLANTIKAN HAKIM
*Dibuat oleh yang di pertuan agong setelah berunding
dengan majlis raja-raja dan mendapat nasihat
daripada perdana menteri
*Hakim besar tanah malaysia harus berunding dengan 2 orang hakim besar mahkamah tinggi
*Hakim mahkamah agung harus berunding dengan 2 orang hakim besar
*Hakim mahkamah tinggi berunding dengan hakim
besar mahkamah
*Hakim mahkamah sesyen dan dilantik oleh yang
dipertuan agong
*Hakim kelas pertama dilantik oleh yang dipertuan
agong manakala bagi negeri-negeri dilantik oleh
sultan/raja/gabenor atas cadangan hakim besar
*Hakim kelas kedua sama seperti hakim kelas pertanyaan cuma bagi negeri dilantik tanpa penglibatan hakim besar.

Related image
SISTEM DAN CORAK
KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti;i.Mahkamah agung                                      ii.Mahkamah tinggi                                                iii.Mahkamah sesyen                                              iv.Mahkamah rayuan                                                v.Mahkamah mejistret                                            vi.Mahkamah tentera                                              vii.Mahkamah buruh                                                viii.Mahkamah merinyu kanan galian                    Mahkamah di malaysia terbahagi kepada 2:                       a)Mahkamah persekutuan                                                  Terdiri daripada mahkamah atasan, mahkamah rendah dan mahkamah khas                                                        a)Mahkamah negeri                                                            Terdiri daripada mahkamah syariah dan mahkamah adat.





JENIS-JENIS MAHKAMAH DAN PERANANNYA

1) Mahkamah Agung
Peranan
 - Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia.
- Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
- Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan
- Berkuasa menentukan pengesahan
bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
- Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
- Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
- Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM 250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini

2) Mahkamah Rayuan
Peranan
- Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
- Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM 250,000
- Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi  kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi

3) Mahkamah Tinggi
Peranan
- Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara asing yang berada di Malaysia
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
- Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman,wasiat,perkahwinan serta penceraian bagi bukan muslim dan kemuflisan.
-Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari mahkamah rendah yang nilainya melebihi RM 25000
-Bagi kes jenayah,berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari mahkamah rendah yang nilai dendanya melebihi RM 25
-Memberikan nasihat kepada mahkamah rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal2 mengenai perlembagaan

4) Mahkamah Sesyen
Peranan
-Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen mahkamah rendah.
-Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000
- Kes jenayah membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah,kecuali menjatuhkan hukuman mati
- Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh,ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

5) Mahkamah Juvana
Peranan
- Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.
- Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.
-Perbicaraan dijalankan secara tertutup

6) Mahkamah Majistret Kelas I
Peranan
- Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
- Kes jenayah melibatkan  hukuman penjara dan hukuman denda
- Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda RM10,000,sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Walau bagaimanapun,hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.

7) Mahkamah Majistret Kelas II
Peranan
-Kes jenayah,iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
-Kes sivil,iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3,000

8) Mahkamah Tuntutan Kecil
Peranan
- Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000

9)  Mahkamah Penghulu
Peranan
-Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah
-Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
- Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
- Kes sivil,iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM 50
- Kes jenayah,iaitu melibatkan denda sebanyak RM 25 sahaja
- Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret

10) Mahkamah Tentera
Peranan
- Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
-Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
- Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa,tidak menjalankan tugas,mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
- Boleh menjatuhkan sebarang hukuman,kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
-Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

11) Mahkamah Khas Raja-raja
Peranan
-Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan
-Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara

12) Mahkamah Syariah
Peranan
- Untuk mengadili umat Islam
- Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
-Kes sivil,iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan,perceraian,wasiat,wakaf,pembahagian harta dan sebagainya
-Kes jenayah,iaitu berjudi,zina,tidak berpuasa,ajaran sesat,berkhalwat,penderaan terhadap isteri atau anak,minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
-Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah,manakala kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
-Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah

13) Mahkamah Adat
Peranan
-Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.
-Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum,adat perkahwinan,undang-undang adat,adat-adat keagamaan dan sebagainya

Sunday, 10 December 2017

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH


PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
  • Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British 
  • Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
  • Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
  • Februari 1834 Dol Said menyerah diri

PENENTANGAN DI SELANGOR 
  • Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
  • 1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
  • Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
  - Hapus sistem perhambaan
  - beri perlindungan kepada hamba
  - campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
  - buat pembaharuan secara tergesa-gesa
 - tidak boleh berbahasa melayu

  • Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
  • Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles 
PENENTANGAN DI PAHANG 
  • Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
  • Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
  • Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
  • Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
  • Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut) 
  • Punca penentangan: 
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram 
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
  • Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANU 

  • Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
  • Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .

  • Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
  • Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK 

  • Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
  • Beberapa pemberontakan berlaku: 
a) Rentap 
  • 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. 
  • 1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok  
b) Banting
  • ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
  • 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
  • penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
  • Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun 
  • semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
  • 1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH 
  • Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British 
  • Dua pemberontakan tercetus iaitu : 
a) Pemberontakan Mat Saleh

  • Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
  • Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
  • diketuai oleh Antanu pada1915
  • faktor pemberontakan
  • cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat                 membina jalan-jalan kecil di hutan

  • Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum  bunuh.


Pendudukan Jepun

Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

  1. Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan . Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .
  2. Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun . Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .




Kesan pendudukan Jepun


Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :



Kesan sosial


Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.



Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang .

Kesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . 

Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


Kesan politik

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
  1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
  2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.

Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Kesimpulan


Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
        Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara yang seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan  kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sebuah sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
      Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.