PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
- Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British
- Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831
- Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
- Februari 1834 Dol Said menyerah diri
PENENTANGAN DI SELANGOR
- Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
- 1868,sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Kelang.British campur tangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi.Walaupun hanya perang saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan
PENENTANGAN DI PERAK
- Sebab penentangan British di Perak
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh sultan dan Pembesar Melayu
b) paksa sultan tanda tangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
c) pembaharuan oleh J.W.W Birch :
- Hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kepada hamba
- campur tangan dalam adat resam orang melayu
d)sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa melayu
- Dato Maharajalela, Dato Sagor Dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak
- Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles
PENENTANGAN DI PAHANG
- Penentangan bermula apabila British lantik J.P Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.
- Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Dis 1891 dan serang balai Polis Lubuk Terua dan Kuala Tembeling.
- Pemberontakan berakhir pada tahun 1895.Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KELANTAN
- Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada Brirish dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909
- Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut)
- Punca penentangan:
a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
d) Sikap pegawai British
- Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai.Tercetus pemberotakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915.Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI TERENGGANU
- Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan Tani pada 1928
- Faktor pemberontakan Tani:
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan .
- Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat daerah di Kuala Berang.
- Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
PENENTANGAN DI SARAWAK
- Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh dinasti Brooke.
- Beberapa pemberontakan berlaku:
a) Rentap
- 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang Kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee.
- 1861 , Brooke lancar serangan secara besaran Kubu Rentap di Bukit Sadok
b) Banting
- ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan
- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting
c) Sharif Masahor
- penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang
- Beliau merupakan Gabenor Sarikei di sungai Rejang dilantik oleh sultan Brunei
d) Asun
- semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun
- 1932, Asun menyerah diri dan di buang negeri ke Lundu
PENENTANGAN DI SABAH
- Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British
- Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a) Pemberontakan Mat Saleh
- Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
- Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894) , serang perlabuhan Syarikat di Pulau Gaya (1897). Akhirnya Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
- diketuai oleh Antanu pada1915
- faktor pemberontakan
- cukai keatas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan
- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanu di tawan dan dihukum bunuh.
Pendudukan Jepun
Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :- Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan . Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .
- Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun . Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .
Kesan pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :
Kesan sosial
Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.
Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang .
Kesan Ekonomi
Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot .
Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.
Kesan politik
Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
- Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
- Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.
Selepas pendudukan Jepun
Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.
Kesimpulan
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara yang seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sebuah sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara yang seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sebuah sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

hyi boleh saya tahu puan mengajar di mana
ReplyDelete